Monday, 1 June 2015

HARI ITU DAN HARI INI

Hari itu kau bersamaku,
Hari ini kau tiada di sisiku,

Hari itu kita bermain cinta,
Hari ini tiada lagi permainan cinta antara kita,

Hari itu aku dengar kau nyanyikan lagu untuk ku,
Hari ini aku nyanyi lagu sendirian,

Hari itu kau mencubit manja lenganku,
Hari ini nyamuk menggigit lenganku penuh rakus,

Hari itu kau buat ku ketawa riang keranamu,
Hari ini aku bermuram durja juga keranamu,

Hari itu kau kata aku yang kau cinta,
Hari ini kau kata aku kau tak cinta,

Hari itu sudah berlalu,
Hari ini yang tinggal hanya aku dan diriku.

*inspirasi dari kisah tragik percintaan beberapa orang sahabat handai.

Saturday, 9 May 2015

BEST FRIEND ALWAYS HELPING FRIEND

One of my friend said " i wish i could die.." then i punch him in his face suddenly. Then he said "dude! what the fuck?" I laugh out loud and said " bengong aku tumbuk sikit da komplen lagi lu mau mati ka? Then he said " thanks dude, you save my fucking life.. i said, "no problem lad, i really like to do this hahaha"

KONTRAK HATI

Hati bertemu hati,
Hati kau di sana hati ku di sini,
Dari terasing kini mendekati,
Mula mengerti sesama sendiri,

Gelora jiwa meluru ke hati,
Kau ingin serahkan hatimu di sini,
Kecil telapak tangan, nyiru ku tadahi,
Menang hatimu akan ku sayangi,

Bermula dengan ini kau ingin dekat dihati,
Maka kita mula merangka mengikat hati,
Kontrak hati kau beri bukan sekadar ikat di tepi,
Tapi ikatannya utuh selama hidup hingga mati.

Wednesday, 6 May 2015

MINDA & HATI

Terma jiwa di kalangan pemikiran,
Aktif melunturkan ketegangan,
Ke mana lagi idea digali,
Kalau bukan di otak berakal minda yang tajam,

Mengalir perasaan yang hangat dari jiwa ,
Berombak rindu kepada yang dicinta,
Ke mana lagi cinta bertakhta,
Kalau bukan di hati yang punya ruang terbuka.

Thursday, 12 March 2015

DUA PILIHAN, DUA JALAN

Ada dua pilihan,
Antara yang betul dan salah,

Ada dua jalan,
Antara yang lurus dan menyesatkan,

Ada dua kata putus,
Antara ya atau tidak,

Semuanya atas tangan kita sendiri,
Kita berhak menentukan pilihan jalan hidup kita.

Tuesday, 10 March 2015

REPUTNYA HATIKU

Reputnya hatiku,
Tatkala melihat hati kau diberi pada insan lain,

Reputnya hatiku,
Melihat kau berdua dengannya,

Reputnya hatiku,
Kerana tidak dapat memiliki hatimu,

Reputnya hati ku,
Kau tersenyum bukan kerana aku,

Reputnya hatiku,
Kau menjauh dari ku,

Reputnya hatiku,
Tak dapat ku luahkan hasrat hatiku,

Reputnya hatiku,
Mereput sendirian tanpa mu yang kian menjauh.

Friday, 27 February 2015

MENUJU ALAM FANTASI

Langkah kaki menuju alam fantasi,
Tiada kelibat diri mu dari alam realiti,
Alam penuh kebahagiaan tanpa penderitaan,
Alam yang penuh dengan bidadari cinta menanti ku,
Alam yang tiada diri mu,
Pasti takkan ku kembali ke alam realiti ini semula,
Selamat tinggal buat selama - lamanya,
Aku akan menuju alam fantasi dengan aman damai.