Saturday, 15 March 2014

HUJAN RAHMAT

Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Buat-Mu yang mulia wahai illahi,
Ke atas nikmat yang Engkau beri,
Agar semua ini diberkati,

Sudah lama kami menanti,
Titisan sang hujan kami rindui,
Semuanya takdir tuhan kehendaki,
Kini muncul sang hujan mencurahi bumi,

Bumi yang gersang kini berseri,
Sememangnya lama telah dinanti,
Terima kasih ya Allah yang kami kasihi,
Di atas rahmat yang Engkau beri.

Wednesday, 12 March 2014

MEDIA BARAT SI HARAM JADAH

Media kafir barat nak serakah,
Hari - hari menabur fitnah,
Mereka semua memang haram jadah,
Hancurlah mereka hingga ke alam barzakh.

Thursday, 6 March 2014

SOAL TELITI

"Walau teliti tahap infiniti sekali pun penelitian yang kau lakukan, namun aku jamin pasti akan ada satu dua perkara yang kau akan terlepas pandang juga akhirnya."

Sunday, 2 March 2014

KAKAK (Bahagian I)

Pandangan mata Ijat statik melihat ke luar tingkap bas yang sedang dinaikinya. Bas ekspress Seri Maju itu sedang bergerak menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Ijat duduk di atas single seat sebelah kiri bernombor 7, penumpang di hadapannya merupakan seorang lelaki yang mungkin berusia dalam 40 – an sedang tidur nyenyak hingga mengeluarkan bunyi dengkuran yang berjaya menewaskan deruman enjin bas tersebut. Namun Ijat sedikit pun tidak rasa terganggu atau menghiraukan dengkuran lelaki tersebut.

Pandangannya masih ke arah luar tingkap bas, melihat suasana di luar yang tiada apa – apa yang menarik pun sepanjang lebuh raya utara-selatan itu. Hanya bukit bukau yang bersilih ganti dengan hutan dan penghadang jalan di sepanjang jalan. Ijat sebenarnya bukan memberi perhatian pun pada suasana di luar tingkap bas yang sering bertukar – tukar mengikut pergerakan bas itu, tetapi dia sedang termenung memikirkan tentang sesuatu. Sedang Ijat termenung tiba – tiba dia merasakan telefon bimbitnya bergetar, lalu dikeluarkan telefon bimbit Blackberry Q10 miliknya itu dari poket seluarnya. Di lihatnya ada satu BBM yang dihantar oleh kekasihnya iaitu Ina yang bertanya, “Ijat, awk gi mane? nape tak reply BBM sy? Sy risau...”. Ijat pun membalas BBM  tersebut. “Maaf saya tak perasan awak BBM saya, saya on the way gi Kedah ni..maaf sekali lagi sebab tak bagitahu awal – awal, sy betul2 ade hal mustahak nak kene settle..just trust me ok..i`ll be ok don`t worry tau..nanti dah settle sy BBM awak k..now sy nak off data BB ni nak jimat bateri k..bye..love u..”. Tanpa menunggu kekasihnya membalas, Ijat terus menutup data internet di telefon bimbitnya.

Ijat tidak terus menyimpan semula Blackberry tersebut tetapi dia terus mengambil earphone dari dalam poket beg sendeng miliknya kemudian terus dipasangkan ke Blackberry tersebut dan ke telinganya. Setelah membuka music player dalam Blackberry tersebut, Ijat terus memasang lagu bertajuk stay dari band bernama Estrella. Dia terus memejamkan mata menikmati lagu tersebut sambil mengenangkan seseorang yang amat meminati lagu tersebut. Orang yang menjadi tujuannya menaiki bas untuk ke Kedah pada hari ini. Orang ini amat bermakna pada dirinya dan amat dirindui olehnya. Orang tersebut ialah Nurul iaitu satu – satunya kakak yang dia ada di dunia ini.

Setiap kali dia mendengar lagu stay ini pasti memorinya mengenai kakaknya itu akan menggamit memorinya. Dia masih ingat lagi pertama kali dia mendengar lagu ini ialah pada tahun 2008 di bilik kakaknya apabila kakaknya memasang cd album band Estrella yang baru dibeli ketika itu dan Ijat ketika itu baru berusia 14 tahun. Kakaknya sering kali memberitahunya bahawa dia sangat teruja dengan nyanyian Liyana Fizi iaitu vokalis band tersebut dan teringin sangat nak tengok persembahan band ini secara live. Ijat dan kakaknya sangat rapat, dan kakaknya juga terlalu menyayangi Ijat lebih dari dua orang lagi abangnya, mungkin kerana Ijat anak bongsu dalam keluarganya. Semua masalah yang dihadapinya di sekolah akan diceritakan kepada kakaknya. Pada ijat, hanya kakaknya seorang sahaja orang yang paling dipercayainya malah menyayanginya. Ijat merasakan dia sangat beruntung kerana mempunyai seorang kakak yang paling baik di dunia.

Namun segalanya berubah pada tahun 2010, ketika Ijat berusia 16 tahun. Kakaknya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita setelah berlaku satu pertelingkahan besar antara kakaknya dengan bapanya. Ijat masih ingat, pergaduhan itu berlaku gara – gara orang tuanya melarang kakaknya dari terus bercinta dengan Imran kekasihnya. Ijat memejamkan mata dan terus mengimbas kembali kejadian tersebut. Pada malam di dalam bulan Januari tahun 2010 itu sedang asyik Ijat mendengar lagu Viva la Gloria! dari cd album band paling digemarinya iaitu Greenday, tiba – tiba dia terdengar suara ayahnya sedang menengking seperti marah akan sesuatu. Terkejut dengan suara ayahnya itu Ijat terus menutup radio yang sedang memutarkan cd album 21st Century Breakdown dari band Greenday tersebut dengan serta merta dan bergegas keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu untuk melihat apa yang telah terjadi.

Sesampai sahaja di ruang tamu rumahnya Ijat terkejut melihat ibunya sedang menangis sambil ditenangkan oleh abangnya manakala ayahnya sedang bertelingkah dengan kakaknya. “Apa kau memang mau conteng arang ke muka aku ni Nurul? Berapa kali aku nak ulang baru kau faham? Aku tak suka kau kawan dengan budak tu!”, tengking ayahnya. Ijat melihat kakaknya sedang mengusap pipi serta mata kakaknya juga bergelingan air mata, tapi kelihatan sedang menahan geram. Tahulah Ijat bahawa ayahnya telah menampar kakaknya, namun Ijat tak berani ikut campur maka dia hanya mengambil keputusan melihat di tepi sahaja, namun dia berasa sayu melihat kakaknya sedemikian rupa. “Ayah selalu nak atur hidup Nurul, kenapa ayah tak mau nak dengar kemahuan diri Nurul? Selama ni Nurul dengar saja telunjuk ayah, semua benda Nurul buat untuk jaga hati ayah dan keluarga tapi takkan sampai soal jodoh Nurul pun ayah nak aturkan?”, kata kakaknya tegas walaupun sambil menangis. Barulah Ijat faham punca sebenar pergaduhan kakak dan ayahnya ketika itu, inilah kali pertama Ijat melihat kejadian serupa ini secara realiti, selama ini dia hanya melihat adegan sebegini di dalam drama – drama melayu di siaran televisyen.

Ayahnya yang semakin berang mengherdik kakaknya, “Anak tak kenang budi! Kenapa kau susah sangat nak faham ni? Anak Haji Kassim tu baik orangnya, ustaz pula tu, aku aturkan nak jodohkan kau dengan dia untuk kebaikan kau juga. Sejak kau berkawan dengan budak tu aku tengok kau dah banyak berubah Nurul! Aku tak mau kau hanyut dengan budak Imran tu. Budak tu tak sesuai untuk kau Nurul!”.  Mendengar kata – kata ayahnya itu membuatkan Nurul berang dan nekad menjawab, “Nurul tak cintakan si ustaz tu, Nurul cintakan Imran seorang sahaja, apa nak jadi pun jadilah, Nurul tetap dengan keputusan Nurul!”. Sejurus itu dia terus berlari masuk ke biliknya dan pintu ditutup dengan kuat dan Ijat sangat terkejut kerana inilah juga kali pertama dia melihat kakaknya berkelakuan sedemikian. Ayahnya yang terlalu geram tu terus marah – marah dengan kelakuan anak sulungnya itu namun segera cuba ditenangkan oleh Kamal iaitu anak keduanya yang menyuruhnya bersabar kerana risau darah tingginya akan naik jika dia berterusan marah sedemikian.

Setelah keadaan tegang itu reda, Ijat kembali ke biliknya dengan perasaan yang agak sayu melihat ayah dan kakak kesayangannya bertengkar sebentar tadi. Ijat menghidupkan semula suis radionya, cd Greenday kembali dibiarkan berputar tapi kali ini dia memilih untuk mendengar lagu bertajuk Restless Heart Syndrome yang dirasanya kena dengan perasaannya kini dan terus diulangnya lagu itu beberapa kali. Lagu itu tidak benar – benar didengarinya setelah beberapa kali diulangnya kerana fokusnya kini telah beralih kepada benda lain, di dalam kepalanya masih memikirkan perubahan mendadak kakaknya, semua ini sejak kakaknya berkenalan dan bercinta dengan lelaki bernama Imran. Ijat juga menyedari perubahan tersebut dan paling jelas sekali sekarang kakaknya sudah jarang berborak atau memberi perhatian kepadanya walaupun dalam soal pelajarannya di sekolah. Pendek kata sejak kakaknya bercinta dia jarang dapat bersemuka dengan kakaknya dan kakaknya juga sudah pandai keluar malam. Ijat merasakan dirinya bagaikan kehilangan seorang kakak dan teman baik dan selang seminggu setelah berlaku beberapa kali lagi pertengkaran antara kakaknya dan ayahnya. Kali ini Ijat benar – benar telah kehilangan kakak yang sangat dikasihinya.

Kakaknya lari dari rumah menghilangkan diri malah satu nota atau surat pun tidak ditinggalkan, nombor telefon juga ditukar. Ijat dan keluarganya sangat – sangat bersedih dengan tindakan yang diambil oleh kakaknya dan berusaha juga mencarinya namun tidak berhasil. Paling mengejutkan ialah rakan sekerja kakaknya ada mendengar khabar bahawa Nurul telah ikut Imran kahwin lari, hal ini sampai ke telinga ayah Ijat dan dia sangat marah kerana tindakan anak sulungnya itu sangat memalukan keluarga dan menconteng arang ke muka mereka. Bermula dari situ ayahnya melarang lagi mereka mencari kakaknya dan beranggapan dia tak pernah wujud dalam keluarga ini. Tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang berani melawan kata – kata ayahnya itu malah ibunya juga telah patah hati dengan tindakan anak sulungnya itu. Namun Ijat memasang hasrat untuk terus mencari kakaknya secara diam – diam.

Kini setelah menamatkan pengajian di tingkatan enam, sambil menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, Ijat bekerja sambilan di sebuah pasaraya. Sewaktu di pasaraya tempat kerjanya itu juga dia terserempak dengan Nora kawan karib kakaknya yang telah berjaya mendapatkan maklumat tentang alamat tempat tinggal terkini kakaknya. Menurut Nora hanya alamat itu sahaja yang dia dapat ketika berjumpa kali terakhir dengan Nurul pada tahun lepas, dia sendiri tak pernah ke rumah Nurul. Bagi Ijat cukuplah walau sekadar alamat, sekurang – kurangnya masih ada sedikit pelungnya untuk bertemu semula kakaknya. Dengan perasaan yang teruja dan berharap agar kakaknya masih lagi tinggal di alamat tersebut maka dia secara diam – diam tanpa pengetahuan sesiapa pun telah membuat keputusan untuk mengambil cuti dan terus bertolak ke Kedah.


 Bersambung...