Hidup umpama berjalan kaki,
Tersalah langkah tersadung sendiri,
Jatuh tersembam menyembah bumi,
Duduk tergamam sakit tak terperi.
Friday, 29 November 2013
JALAN KAKI
HEY YOU
Hey you I want you,
I'm always be with you,
Hey you I missed you,
You always in my mind,
Hey you I need you,
Please dont go away,
Hey you I love you,
Please stay in my heart.
Thursday, 28 November 2013
KAU YANG BERNAMA MANUSIA
Kau yang bernama manusia,
Di mana kaki melangkah,
Semangat mesti membara,
Kau yang bernama manusia,
Setiap laluan kehidupanmu,
Pasti ada cabaran yang menduga,
Kau yang bernama manusia,
Usah gentar akan ranjau dalam hidupmu,
Teruslah tabah menghadapi hari muka.
Tuesday, 26 November 2013
KERANA-MU
Hembusan nafasku adalah kerana-Mu,
Celik mataku adalah kerana-Mu,
Langkah kakiku adalah kerana-Mu,
Gapai tanganku adalah kerana-Mu,
Tenang jiwaku adalah kerana-Mu,
Bersih hatiku adalah kerana-Mu,
Segala nikmat kehidupanku adalah kerana-Mu,
Segalanya kerana-Mu al-Rahman, al-Rahim.
Sunday, 24 November 2013
ANTARA
Antara magika atau logika,
Antara replika atau yang benar belaka.
Friday, 22 November 2013
KELUH KESAH
Keluh kesah diriku,
Selama ini ku tak
ambil kisah
Keluh kesah diriku,
Adakah diriku ini
bermasalah?
Keluh kesah diriku,
Jiwa bagai dilanda
musibah
Keluh kesah diriku,
Aku rindukan
engkaulah!
USAHLAH
Usahlah berjenaka,
Ketika orang lain
sedang terluka
Usahlah berseloka,
Ketika orang lain
sedang menderita.
Subscribe to:
Comments (Atom)