Telah bertahun kasih kita bersemi,
Selama itu cinta ini terus mekar,
Ku curahkan segalanya pada kau,
Walau sering kau buat aku tersinggung,
Kau sahaja yang benar,
Kata - kataku tidak kau dengar,
Semua benda kau nak atur,
Sedang diri kau pun tak teratur,
Bebelan kau ku tahan,
Keangkuhan kau ku telan,
Namun kini kau dah keterlaluan,
Aku umpama orang suruhan abdi,
Kata - kata kau kini umpama peluru,
Hingga menembusi perisai kesabaranku,
Hatiku sudah tekad,
Tangan kiri ini ku angkat,
Jari tengah pengganti bicara,
Tanda penamat cinta buat selamanya.