Hari ini mereka menangis,
Hati mereka bagai dihiris sembilu,
Kasih sayang yang diberi bagaikan tidak dihargai.
Hari ini mereka menangis,
Diri terasa terbuang,
Baktinya pada mu wahai sang anak bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Dulu makan pakai sakit demam kau mereka jaga rapi,
Kau umpama Alladin dan mereka umpama jin di dalam lampu ajaib,
Semua permintaan kau mereka tunaikan,
Hari ini pabila kau dah dewasa,
Kau dah berjaya, bekerjaya dan punya keluarga,
Apa pula bakti kau pada mereka?
Adakah kau beri kasih sayang kau pada mereka?
Hari ini kau anggap mereka beban,
Kau tak sanggup menjalankan tanggungjawab terhadap mereka,
Kau lepas tangan,
Kau hantar mereka ke kediaman warga emas,
Hari ini mereka menangis,
Kerana angkara kau wahai si tenggang moden,
Hari ini di dunia mereka menangis,
Hari esok di akhirat kelak kau pula akan menangis wahai si anak derhaka.
No comments:
Post a Comment