Terus mencari dan mencari,
Tanya diri sama hati,
Apa yang kau tercari - cari?
Adakah fantasi atau realiti?
Keluh kesah terus mencari,
Sampai tak kisah tentang diri,
Buat apa susah berlari - lari?
Janganlah engkau menyiksa diri
Tanya lagi sama hati,
Apa yang kau mahu dan kau hajati?
Baru kau sasarkan apa yang dicari,
Maka kau tak sesat dalam mencari.
No comments:
Post a Comment