Wednesday, 18 February 2015

AKU, DIA & BUKU PUISI TEPI JALAN

Kisah ni terjadi masa aku pi sebuah kedai buku di Kedah. Aku masa tu study lagi dan baru selesai kelas di petang hari tu maka aku terus menunggang motosikal aku merempit menuju ke mall berdekatan kampus tempat aku study. Time tu aku duk mencari buku PUISI TEPI JALAN nukilan Fyn Jamal. Sampai ja kedai buku aku tanya la pada kakak yang kerja di situ ada tak buku tu, dia kata ada sebuah ja lagi buku tu dekat rak paling hujung sekali, so aku pun excited la nak terus ambil buku tu, beli dan terus nak cau balik rumah. Aku terus sua la tangan nak ambil buku tu, belum sempat tangan aku mencapai buku tu tiba-tiba muncul tangan yang putih gebu malah licin telah terlebih dahulu mencapai buku tersebut. Maka tangan aku yg sedikit gelap gelita kerana sun burn ni hanya dapat mencapai angin saja dan ini memang membuat aku nak naik angin. Namun setelah aku berpaling melihat si empunya tangan putih gebu licin tu terus aku tak jadi nak mengamuk, malah aku rasa ada kejutan elektrik pada badan aku, hati pula tiba-tiba berdegup kencang. Mau tidaknya, yang berdiri tepi aku sambil pegang buku PUISI TEPI JALAN tu merupakan gadis ayu bertudung litup warna pelangi, berbaju jeans biru, ber-skirt labuh jeans biru dan berkasut chuck taylor warna pink. Oh tidak! Terkaku sebentar aku tatkala matanya bertentang mataku, aku rasa macam aliran darah aku terhenti seketika.

Si gadis time tu buat muka hairan melihat kelakuan aku yang dah macam patung ronald mc donald berdiri tegak depan dia. Lantas dia pun bertanya, "Saudara nak buku ni ke?" Fulamak! Suara dia merdu siot,sepadan dengan wajah ayunya. Aku pun balas la "errr ya memang saya nak beli tapi kalau saudari nak saudari beli la dulu sebab saya tanya da kakak kedai ni dia cakap buku ni tinggal satu ni saja, saya takpa saya tunggu stok baru next time la..hehe". Dia tanya lagi " are you sure you don't mind?". Amboih speaking pulak, so aku pun buat kemaih la nak speaking juga. " yeah sure, after all, you yang pegang buku tu dulukan?" Dengan bajet macho aku senyum tunggu dia balas. "Eemm okay if awak dah kate camtu, so thanks tau, cause i really want this book, i like Fyn Jamal punya karya."

Aku balas balik "yeah me too, lagu-lagu Fyn pun saya suka, lirik dia padu." So gadis tersenyum dan berkata, "really? Waah fan Fyn Jamal gak ek? Nice..eh jap ek awak saya nak gi bayar buku ni dulu, japgi kakak saya cari saya pula kat depan tu, saya masuk sini tak cakap kat die pun tadi." Aku senyum dan angguk kepala. Dalam hati aku duk meronta ronta nak berbual lagi dengan dia tapi sayangnya dia macam mengejar masa. Selepas dia bayar dia datang kat aku ucap terima kasih berkali-kali sampai aku naik segan. "Thanks tau sebab bagi saya beli dulu buku ni." Aku jawab, "welcome hehe, takpa next time saya boleh beli lagi,eh awak ni bukan orang sini ek?" Dia balas " tak saye asal ipoh, ni datang dengan kakak ambil adik kitorang study kat polimas". "La iya ka? Saya study area situ la juga tapi bukan polimas la jiran polimas saja hehe." Dia jawab " oh i see, hehe eh awak tu akak saye dah panggil, saye kena minta diri dulu, nice to meet you and thanks ya, bye, " sambil dia lambai - lambai tangan putih gebu licin dia tadi, aku pun lambai balik dengan senyum habis macho punya, aduhai kakak dia potong stim siot! Aku tak sempat nak minta number dia or wechat id or fb dia, yang lebih sadis lagi nama dia pun aku tak sempat tanya. Melepas...

No comments:

Post a Comment